Isnin, 7 Oktober 2013

Pendahuluan:
Kertas kerja ini adalah menjelaskan kegiatan kemasyarakatan  merangkumi Organasasi JKKK kampong, AJK Masjid, Surau, UMNO, NGO, Badan Pakatan , akhirat kematian dan lain lain.
Aktiviti masyarakat, ekonomi, kemajuan  pembangunan kampong, aset ,pelajaran, pendidikan,usahawan dan lain lain.

 Pengenalan:
Kampong Melayu dan Kampong Sri Tanjong adalah dua(2) buah kampong yang terdapat didalam kawasan Panchor, didalam Mukim Gersik Daerah Muar.
Kawasan pilihanrayanya ialah DUN Jorak , Parlimen pagoh.
Penduduknya terdiri dari:
1.Bangsa Melayu               : 95%
2.Bangsa Cina                    : 03%
3.Bangsa India                   : 01%
4.Lain lain                          : 01%

Bangsa Melayu juga terdiri dari keturunan Melayu, Jawa, Banjar,Bugis,.

Lokasi Kampong ini dai Bandar Muar adalah:
1.Dari Muar jauhnya    30km.
2.Dari Tangkak             20km.
3.Dari Gersik                 05km.
4.Dari kundang Ulu      10km.
Kg.Melayu an Kg.Sri Tanjong, Panchor adalah berada diPesisiran Sungai Muar.
Kemungkinan kampong kampong ini telah dibuka lebih dari 400 tahun dahulu berdasarkan perjalanan pelarian Kerajaan Melayu Melaka selepas ditawan Pertugis.
Kg.Melayu dan Kg.Sri Tanjong,Panchor dan Kg.Semasih ditadbirkan oleh seorang Ketua Kampong dan JKKK Kampong diKetuai Tuan Hj.Jamal bin Sudin.
Mulai 01hb. Mei 2006 Kg.Semasih telah dipisahkan dan diberikan seorang Ketua Kampong yang baru Encik Ismail Taslim.
Sebelum itu Ketua Kampong yang pernah menjawat jawatan tersebut antaranya:
1.Tuan Hj. Kayat bin Salam.
2.Encik Seri bin Sering
3.Hj.Ahmad bin Marawan (Kg.Melayu )
4.Encik Lass bin Seran.  (Kg. Sri Tanjong)

5.Hj.Jamal binSudin (Kg.Melayu).
6.Hj.Saad b Md.Saman ( sekarang ) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan