Pendahuluan:
Kertas kerja ini adalah menjelaskan
kegiatan kemasyarakatan merangkumi
Organasasi JKKK kampong, AJK Masjid, Surau, UMNO, NGO, Badan Pakatan , akhirat
kematian dan lain lain.
Aktiviti masyarakat, ekonomi, kemajuan pembangunan kampong, aset ,pelajaran,
pendidikan,usahawan dan lain lain.
Pengenalan:
Kampong Melayu dan Kampong Sri Tanjong
adalah dua(2) buah kampong yang terdapat didalam kawasan Panchor, didalam Mukim
Gersik Daerah Muar.
Kawasan pilihanrayanya ialah DUN Jorak ,
Parlimen pagoh.
Penduduknya terdiri dari:
1.Bangsa Melayu : 95%
2.Bangsa Cina : 03%
3.Bangsa India : 01%
4.Lain lain : 01%
Bangsa Melayu juga terdiri dari keturunan
Melayu, Jawa, Banjar,Bugis,.
Lokasi Kampong ini dai Bandar Muar adalah:
1.Dari Muar jauhnya 30km.
2.Dari Tangkak 20km.
3.Dari Gersik 05km.
4.Dari kundang Ulu 10km.
Kg.Melayu an Kg.Sri Tanjong, Panchor adalah
berada diPesisiran Sungai Muar.
Kemungkinan kampong kampong ini telah dibuka
lebih dari 400 tahun dahulu berdasarkan perjalanan pelarian Kerajaan Melayu
Melaka selepas ditawan Pertugis.
Kg.Melayu dan Kg.Sri Tanjong,Panchor dan
Kg.Semasih ditadbirkan oleh seorang Ketua Kampong dan JKKK Kampong diKetuai
Tuan Hj.Jamal bin Sudin.
Mulai 01hb. Mei 2006 Kg.Semasih telah
dipisahkan dan diberikan seorang Ketua Kampong yang baru Encik Ismail Taslim.
Sebelum itu Ketua Kampong yang pernah
menjawat jawatan tersebut antaranya:
1.Tuan Hj. Kayat bin Salam.
2.Encik Seri bin Sering
3.Hj.Ahmad bin Marawan (Kg.Melayu )
4.Encik Lass bin Seran. (Kg. Sri Tanjong)
5.Hj.Jamal binSudin (Kg.Melayu).
6.Hj.Saad b Md.Saman ( sekarang )